Create your own banner at mybannermaker.com!

04 June 2012

PADA HARI SABTU AHAD dan ISNIN (part 1)

Assalamualaikum...


Hurm hari sabtu aku tidur rumah kawan. Die ni kawan baik aku.nama die sue lebih di kenali dengan nama manja "bie" aku tidur rumah die sebab husband dia outstation ke kuantan selama 2hari 1 malam. Sabtu tepat jam 1.30petang aku pun start motosikal lagenda 115 menuju terus kerumah bie.rumah bie dekat je dengan rumah aku lebih kurang 2kilometer . Sampai rumah bie aku dengan die masak bersama ,gosip bersama berkongsi cerita bersama.


Lepas aku mengerjakan solat isyak bie ajak aku keluar merewang. Hurm aku tak tahu nak kata apa.last last aku setuju tapi dalam fikiran aku nie aku rasa aku berdosa sebab aku kalah dengan hasutan syaitan.kami rancang keluar lepas habis tengok cerita tv3 yang bertajuk "sakatarul maut" lepas habis cerita tu kami pun bersiap.


Telefon kawan lain ajak jumpa dekat dataran . Hurm bie bagi aku pakai dress ketat paras peha lengan terjojol keluar.aku cover dengan pakai cardigen. Hurm dalam hati aku ni aku sebenarnya nak pakai jean dengan t-shirt jea.tapi muka bie aku tengok macam nak telan orang bila aku cakap aku nak pakai simple.hurm kekadang aku tak faham bie dah tahu yang aku nak berubah tapi kenapa die anggap bende tu simple.aku pulak kenapa aku dengar jea apa si bie cakap.aku keluar dengan bie tanpa pengetahuan husband die.aku da nasihat kat bie suruh bagitahu husband die kalau nak pergi mana-man.tapi si bie ni agak degil.macam-macam alasan pulak dia bagi kat aku.aku bukan apa nanti kalau terjadi sesuatu aku takut aku pulak yang di persalahkan.serabut bila fikir!!!.aku terasa diri aku malu pada Allah.aku berdoa memohon keampunan die siang malam tapi aku tetap buat benda yang dilarang. Aku dapat rasa yang diri aku kotor.


Hampir seabad kami bersiap.dalam pukul 1.50pg kami gerak pergi dataran.samapi kat sana memang gila ramai orang .kami park kereta betul-betul depan mahkamah lama.aku ushar tengok banyak mamat-mamat motor mamat-mamat kereta duduk lepak menikmati keindahan kota .ada yang lepak sambil makan koci,minum air tin bermacam perisa ada jugak pasangan yang tak tahu hubungan halal haram duduk berdating tanpa segan silu berkepit-kepit macam belangkas.


Aku taip mesej send dekat member aku. Tanya dorang bila nak sampai sebab dah hampir 30minit aku dengan bie duduk dalam kereta tak turun-turun. Hurm reply tak juga hati aku nie rasa macam nak menggelegak pun ada petang tadi masa janji nak keluar kemain . Bab tunggu menunggu nie memang aku tak bole nak consider .tapi aku buat muka relax jea .si bie dok membebel macam orang mati laki. Hurm tetiba sambil aku melihat lampu-lampu Jalan terlihat aku kelibat si penjaja bergerak. Aku dengan selamber dan tegar bukak pintu kereta pergi menono kat uncle yang jaja koci dan minuman ringan.


Air tin satu rm2.00 mahal melampau betul macam beli kat genting highland pulak.koci jenama matahari rm2.00 pun mahal selalu aku beli dekat seven eleven berapa jea huhuhu. Tax sebab die menjaja tu pasal mahal agaknya. Aku redha jelah malas nak cara. Jam hampir menunjukkan pukul 2.30pagi .member aku nie bukan setakat batang hidung kelibat nak Nampak jauh sekali.last2 oraang lain yang datang .hurm kawan ex boyfren bie rupanya. Aku malas nak cara buat tak tahu sudah. Dah pukul 3pg..kawan aku nie memang gebang aku.hurm last2 mesej aku cakap bf die buat hal..aduh kenapa lah die tak nak bagi tahu aku awal-awal.sakit hati .


Untuk hilang kan rasa stress yang melampau aku ajak bie lepak mcd. Dalam 30minit lepak situ .ok tiba masa untuk pualng ............. bersambung......

No comments:

Post a Comment

komEN biaR m3NjaGA hAt! yeah ...TQ..lov3 u ALL l!k3 GRazy..